Suffah Darul Qur'an On

KELEBIHAN AHLI AL-QURAN
KEMUDIAN Kami wariskan al-quran itu kepada orang yang Kami pilih dari kalangan hamba Kami; maka di antara mereka ada yang menzalimi diri sendiri dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan ada yang mendahului dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar dari Allah semata-mata.  (Faatir: 32)

Huraian

Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW yang dapat kita temui sehingga hari ini.         Al-Quran adalah pedoman manusia dan mereka tidak akan sesat selagi berpegang teguh dengan segala perintah dan larangan Allah SWT yang terkandung di dalamnya.
Amat besar kelebihan mereka yang mampu menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Mereka ini bukan sahaja dipandang mulia di sisi Allah SWT bahkan dikurniakan beberapa kelebihan sesuai dengan gelaran ahli al-Quran, antaranya jasadnya tidak hancur dan memperoleh syafaat al-Quran di akhirat nanti.
Ahli al-Quran adalah golongan yang terpilih. Mereka menghafaz mukjizat Nabi SAW dan mengamalkan segala pedoman dan panduan di dalamnya. Dalam ayat ini, ahli al-Quran terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu mereka yang berlebih-lebihan dalam mengerjakan sesetengah perkara wajib; kedua mereka yang mengerjakan perkara wajib dan meninggalkan perkara haram serta kadangkala meninggalkan perkara sunat; dan ketiga mereka yang mengerjakan perkara wajib dan sunat serta meninggalkan perkara haram, makhruh dan sebahagian perkara harus. Yang pastinya, ketiga-tiga golongan ini dimasukkan oleh Allah SWT ke dalam syurga.
Justeru, beruntunglah sesiapa yang menjadi ahli al-Quran. Mereka menjadi wadah kelangsungan dalam memelihara kitab suci al-Quran. Menjiwai al-Quran dalam kehidupan seharian tidak akan merugikan. Daripada menyibukkan diri dengan menghafal ratusan buah lagu, mengingati biografi ratusan artis hiburan, maka lebih baik segala masa, tenaga dan wang ringgit dicurahkan bagi menghayati al-Quran.
Setiap orang mampu menjadi ahli al-Quran asalkan ada kemahuan, daya usaha dan sentiasa berdoa kepada Allah.

 

Al - Quran  dari sudut uluhiyah dan rububiyah.
 
Al-Quran mangawali system pendidikannya dengan pendidikan yang bersifat peribadi atau individual. Kerana pendidikan terhadap individu merupakan inti dari terbentuknya satu masyarakat, pendidikan dalam mengendalikan emosi dan mengajarkan erti tanggungjawab. Sistem pendidikan ini memberikan alternatif untuk membebaskan fikiran dan keyakinan dari mitos, perkara-perkara meragukan dan kemusyikan dan menggantikannya dengan akidah tauhid dan membebaskannya dari belenggu penghambaan terhadap syahwat dan ambisi hingga melupakan kapasiti diri sebagai hamba Allah.
Setelah berhasil menanamkan pendidikan akidah tauhid, al-Quran selanjutnya memberikan pendidikan syariat berupa perkara-perkara yang menjadi kewajipan mahupun ibadah. Kerana dengan dua perkara ini akan tercipta kebaikan secara personal mahupun kolektif. Dan apabila setiap kewajipan dan ibadah ini dilaksanakan oleh setiap muslim dengan penuh ketulusan dan cinta, akan tercipta jiwa-jiwa yang diisi oleh kehidupan agama atau jiwa yang dihiasi dengan perbuatan dan amalan yang disyariatkan. Kelak, amalan-amalan ini akan menjadi pengawas dan pengawal dirinya dari kejahatan dan perbuatan mungkar.
Selanjutnya, Al-Quran berpindah dari model di atas menuju pendidikan yang bertujuan untuk membina suatu masyarakat dengan segala hukum yang mengaturnya. Al-Quran menetapkan dasar-dasar pembentukan suatu negara Islam dan aturan negara untuk berdemokrasi atau memutuskan segala sesuatu atas dasar musyawarah. Firman Allah yang berkaitan dengan konsep demokrasi adalah:
“Urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka.”
                                                                                                (Asy-Syura’: 38)
Kemudian, Al-Quran juga menetapkan dasar-dasar keadilan, persamaan hak antara idividu dalam masyarakat dan dasar untuk tidak membezakan antara orang Arab mahupun bukan Arab, kecuali atas dasar ketakwaan, sebagaimana firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kerabatmu.”
                                                                                                (An-Nisa’: 135)
Selain itu, Al-Quran juga menetapkan batasan atau norma sosial, hukuman atau sanksi yang akan dikenakan kepada setiap pelanggar aturan yang telah ditetepkan, baik itu berupa hukum jenayah mahupun pengadilan, untuk menjaga stabiliti, norma masyarakat dari segala macaam kerosakan dan dekadensi. Firman Allah Taala:
“Dan dalam qishash itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertaqwa.”
                                                                                                (Al-Baqarah: 179)
Demikian Al-Quran menetapkan aturan-aturan hidup yang boleh menjaga stabiliti dan kesinambungan hidup manusia, sekaligus untuk menjaga kesinambungan kemanusiaan. Al-Quran menetapkan aturan dan contoh terbaik yang layak diikuti dan diteladani. Mukjizat Al-Quran tidak hanya sampai di situ, tapi juga mencakup dari segi ilmiah. Jadi, mukjizat secara linguistik, ilmiah mahupun ‘syariat’ telah mencakup kitab suci Al-Quran dari dahulu hingga ke hari kiamat kelak.  .

Kesimpulan
Kitab suci al-Quran wajar dibaca dan dihayati selalu. Amat beruntung mereka yang terpilih menjadi pewaris al-Quran iaitu menghafaz, menghayati dan mengamalkan segala isi kandungannya. Bagi memperoleh syafaat al-Quran, sebaik-baiknya kita selalu membaca al-Quran dan menolong memenuhi keperluan ahli al-Quran sekadar termampu. Sesungguhnya berkorban harta, tenaga dan masa demi menghayati al-Quran tidak akan sia-sia. Selain hati sentiasa tenang ketika di dunia, untung nasib kita di akhirat nanti juga akan terbela.

Followers

Web Counter

Free Counterspelawat