Suffah Darul Qur'an On

Senario hari ini kepincangan hidup berpunca daripada kekurangan ilmu agama tidak ada pendedahan ilmu tauhid dan penerapan sivik di dalam kehidupan semasa, kecenderungan umat islam untuk belajar dan mendalami dan menghafal al-qur’an dan hadis kurang menarik perhatian. Justeru itu, pihak kami terpanggil untuk menubuhkan Madrasah Darul Qur’an bagi menyemarakkan lagi arus ke arah yang positif  iaitu satu keistimewaan yang patut diketengahkan dan diwujudkan demi kepentingan umat islam masyarakat Felda dan penduduk sekitar dalam penyediaan pengisian ilmu. Pihak kami merasakan perlu pembinaan madrasah Darul Qur’an yang dirancangkan dapat dijadikan kenyataan supaya penghayatan al-qur’an dan hadis dapat diterapkan kepada semua KHARIAH secara teratur terutamanya untuk penuntut sekolah menengah rendah, anak-anak peneroka, peneroka dan penduduk sekitarnya supaya dapat diseimbangkan demi keharmonian hidup dunia dan akhirat dapat dikecapi.
Apa yang diharapkan daripada usaha kami dan daripada sokongan penderma dan penyumbang untuk merealisasikan projek ini semoga mendapat keredhaan limpah rahmat serta keberkatan daripada yang maha esa.
Dorongan kami menubuhkan Madrasah Darul Qur’an adalah untuk memantapkan setiap amal ibadah kita. Al-Qur’an dan Hadis merupakan sumber rujukan atau nas sebagai dalil kita beribadah.

BAHANA KEHILANGAN ULAMAK
Daripada : Abdullah b. Amir r.a
Nabi S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah S.W.T tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia tetapi Allah mencabut ilmu dengan mencabut roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka di kalangan orang yang jahil.
Apabila orang menanyakan sesuatu, maka mereka akan mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu maka sesatlah mereka dan juga menyesatkan orang lain.
                                                                                                                        (Riwayat Bukhari)

Yang benar,


………………………..
SHA’ARI YUSOFF
Pengasas/ Penasihat
Madrasah Darul Qur’an

Followers

Web Counter

Free Counterspelawat